Mukmin Yang Sempurna Iman Baik Terhadap Isterinya

Mukmin Yang Sempurna Iman Baik Terhadap Isterinya


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا

Dari Abu Hurairah ra berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap para isterinya." (HR Tirmizi No: 1082)

Huraian:

1. Rasulullah SAW diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.

2. Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya

3. Mukmin yang paling baik adalah yang paling baik terhadap isteri mereka.

Marilah kita menjadi mukmin yang paling sempurna imannya dengan memiliki akhlak yang sempurna. Sebagai suami, jadilah suami yang paling baik terhadap isteri.

Wallahu a'lam
Previous
Next Post »