
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ
Huraian:
1. Orang yang memiliki harta, tidak akan merasa puas dengan harta yang dimiliki.
2. Orang yang sebenarnya kaya ialah yang hatinya merasa puas dengan apa yang dimilikinya dan tidak mengharap apa yang ada pada tangan orang lain.
3. Orang yang kaya hati adalah orang yang tidak rakus mencari harta dan sentiasa bersifat qanaah.
Marilah kita bersifat RAHMAH dengan memiliki hati yang kaya.
Wallahu a'lam