
“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan perkara yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)
Sesungguhnya ibadat solat terlalu istimewa di sisi Allah SWT kerana Rasulullah SAW menerimanya secara langsung daripada Allah SWT dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Perintah ibadat solat berbeza dengan ibadat lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain yang diterima melalui wahyu dengan perantaraan Malaikat Jibril. Ini jelas menunjukkan ibadat solat terlalu istimewa di sisi Allah SWT.
Oleh itu, barang siapa yang meremehkan dan mensia-siakan soal ibadat solat maka mereka adalah golongan yang cuai.
Jelas sekali firman Allah SWT tersebut. Solat menjadi benteng kepada kita daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.
Oleh itu, barang siapa yang meremehkan dan mensia-siakan soal ibadat solat maka mereka adalah golongan yang cuai.
Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Kemudian mereka digantikan oleh keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka).” (Surah Maryam, ayat 59)
Wallahu a'lam